Burung-burung Itu
Friday, January 29, 2010
Steve (bukan nama sebenar) dan Robie (juga bukan nama sebenar) bersahabat baik semenjak dari bangku tadika lagi. Mereka mempunyai minat yang sama, iaitu membela haiwan peliharaan.
Steve membela 3 ekor burung tiong, manakala Robie pula memelihara 3 ekor burung merpati. Setiap hari burung-burung ini diajar dengan ungkapan perkataan tertentu. Setelah sebulan melatih, akhirnya burung-burung ini pun pandai bercakap.
Suatu hari, Robie bertandang ke rumah Steve , dan 3 ekor burung Steve yang diletakkan di pintu masuk rumahnya mengungkapkan kata-kata berikut:
Burung tiong 1: ‘Percayakan saya, percayakan saya, percayakan saya’
Burung tiong 2: ‘Saya akan tolong awak, saya akan tolong awak, saya akan tolong awak’
Burung tiong 3: ‘Belilah barang saya, belilah barang saya, belilah barang saya’
Robie ‘Wow hebat burung-burung belaan awak Steve, tetapi sayang, burung-burung ini tidak dapat menandingi kehebatan burung-burung merpati peliharaan saya’
Steve ‘Besok saya akan bertandang ke rumah awak untuk melihat dan mendengar sendiri kehebatan burung-burung belaan awak itu’
Seperti yang dijanjikan, esoknya pagi-pagi lagi Steve telah bertandang ke rumah Robie , dan apabila melepasi pintu masuk rumah Robie , Steve dapat mendengar ungkapan ini daripada burung-burung belaan Robie:
Burung merpati 1: ‘Jangan percayakan saya, tapi percayakan diri awak sendiri’
Burung merpati 2: ‘Awak perlu menolong diri awak sendiri’
Burung merpati 3: ‘Jangan beli barang saya, tapi belilah barang yang awak nak’
Steve ‘Wow, memang hebat burung-burung belaan awak Robie, tapi sayang mereka tidak boleh mengungkapkan ucapan itu sebanyak 3 kali sepertimana burung-burung belaan saya’ :) :) :)
Soalan:
1. Burung-burung manakah yang boleh dipercayai?
A. Burung-burung tiong belaan Steve
B. Burung-burung merpati belaan Robie
C. Keenam-enam burung tersebut boleh dipercayai
D. Keenam-enam burung tersebut tidak boleh dipercayai
E. Semua jawapan di atas betul
F. Semua jawapan di atas tidak betul

0 comments:
Post a Comment