Rahsia Hati (MLM, PG & ASB)
Saturday, November 07, 2009
Assalamualaikum warahmatullah
Agak berat untuk saya menulis entri ini, tetapi setelah berfikir panjang untuk kepentingan umat ini, saya terpaksa memasukkannya. Tambahan, saya tiada jawapan untuk soalan malaikat jika saya di tanya di sana esok ‘Kenapa saya tahu sesuatu benda tapi saya tidak sampaikan kepada orang lain’. Jadi untuk membuatkan kehidupan saya lebih tenang dan sekiranya saya dijemput pulang olehNYA selepas memasukkan entri ini alhamdulillah SAYA PUAS hati menjadi hambaNYA kerana dapat menyampaikan kebenaran.
Kepada insan yang mencari kebenaran bacalah dengan hati yang lapang walaupun kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk diterima (Yaa memang pahit kerana ku juga telah merasakan kepahitan itu, tetapi sebab BENAR terpaksa juga ku terima walau sepahit mana sekalipun kebenaran itu kerna YANG BENAR TETAP BENAR WALAU SERAMAI MANA PUN ORANG YANG MENYATAKANNYA SALAH)
Saya ingin berbicara tentang MLM, emas PG dan juga ASB. Kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan 3 benda ini pinta saya bacalah juga dengan hati yang tenang, kerna kehidupan kita ini sementara cuma. Sampai masanya kita semua akan dijemput pulang olehNYA dan kebenaran pasti akan muncul jua. Jadi sebelum saat itu tiba ada baiknya kita menilai kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini, apa yang telah kita lakukan sekarang........adakah selari dengan kehendakNYA ataupun tidak, dan berlapang dadalah ketika membaca hujjah-hujjah dan hasil kajian yang kulakukan. Jika tidak bersetuju kemukakanlah hujjahmu yang lebih kuat, kernaku PENCARI KEBENARAN. Jika hujjahmu lebih benar inshaAllah aku akan mengikut hujjah-hujjahmu itu.
Ku menolak
1. MLM: Tidak kiralah apa nama anda sekalipun. hai-o, zhulian, alken, uptrend dan sebagainya. Selagi anda dinamakan MLM, sistem overriding, by komisen, kaki-kaki dan sebagainya. Tiada salahnya perniagaan kamu, jual beli kamu, namun sistem perniagaan kamu diragui (hujjahnya inshaAllah saya akan nyatakan kemudian. Saya ceritakan hasil kajian saya dahulu).
Jadi tiada salahnya jika kamu datang ke rumah ku, bersembang-sembang denganku, kamu sms ku, jemput menghadiri seminar-seminar mu. Tiada salahnya kamu menceritakan tentang kereta-keretamu; skyline, FTO, caldina, CLK, kereta kebal sekalipun. Tiada salahnya juga kamu bercerita tentang kamu telah menunaikan haji dan umrah hasil daripada perniagaan kamu itu. Tiada salahnya juga kamu menceritakan yang kamu membayar zakat dengan sejumlah wang yang besar, dan tiada salahnya kamu menceritakan kepadaku yang kamu telah menderma kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan dengan sejumlah wang yang sangat besar
SEMUA DI ATAS TIDAK SALAH, kerana itu adalah HASIL/BAGAIMANA HARTA-HARTAMU DIBELANJAKAN. Cuma persoalan besarku adalah BAGAIMANAKAH HARTA-HARTAMU ITU DIPEROLEHI? Jual beli mu tiada masalahnya, cuma soalan yang tidak mampu ku jawap adalah SISTEM PERNIAGAANMU ITU/HASIL KEUNTUNGANMU DARIPADA SISTEM ITU? Jika kamu boleh menyakinkanku, nyatakanlah hujjah-hujjahmu itu. Jika tidak usahlah kamu mengajak aku menyertaimu lagi. Itu hanya membuang masamu dan juga membuang masaku. Bersembang tentang kehidupan, bertandang kerumah tiada salahnya. Ku mengalu-alukan untuk mengeratkan silaturrahim. Lagipun kamu adalah kawanku sedari kita sekolah menengah lagi.
2. Emas PG pun hampir sama. Walaupun bukan MLM tetapi menggunakan konsep yang hampir sama. Aku tidak akan mempersoalkan konsep perniagaanmu itu. Cumanya soalan ini ku tak mampu jawap 'Kenapa kamu boleh melabur RM30 000 di dalam perniagaan emas orang bukan Islam, tetapi untuk melabur dalam perniagaan emas orang Islam seperti Dinar Kelantan kamu tidak boleh?'
Aku tidak mampu mencari jawapan jika ini soalan malaikat yang ditanyakan kepadaku di dalam kubur nanti. Apa jawapan anda?
Ya boleh saja di jawab 'kerana perniagaan emas Dinar Kelantan tidak maju, tiada bar gold dan sebagainya'............Jika ditanya balik 'Jadi kenapa kamu tidak melaburkan RM30 000 itu ke sana agar Dinar Kelantan lebih maju. Kenapa kamu tidak juga ajak 10 orang daripada agen-agen kamu menjadikan jumlah RM300 000 melabur kesana. Kalau seratus orang dah jadi RM3 000 000, kalau 1000 orang jumlahnya sudah RM 30 000 000. Bukankah ini satu jumlah yang besar. Bukankah ini akan memajukan perniagaan orang Islam tadi. Mengapa kamu asyik berurus niaga dengan mereka yang tidak mengeluarkan zakat sedangkan kamu ada pilihan lain yang lebih baik dan pilihan lain yang lebih bijak, pilihan lain yang akan membanyakkan nilai zakat negara, pilihan lain yang akan lebih memberikan manfaat kepada umat Islam lain'.................
Oleh kerana saya tidak dapat menjawab soalan-soalan ini....Maka dengan ini saya menyatakankan INSYAALLAH SAYA TIDAK AKAN MENJADI AGEN ATAUPUN PELABUR EMAS PUBLIC GOLD SEHINGGALAH DINAR-DINAR KELANTAN HABIS DIJUAL, HABIS DILANGGAN ATAUPUN HABIS DIBELI..........
3. ASB dan ODASB. Tools ini adalah terbaik dan terhebat pernah saya jumpa. Saya juga menggunakannya, dengan mengambil kira fatwa kebangsaan yang menyatakannya HARUS. Ya saya sempat menggunakannya tanpa saya membuat kajian terperinci mengapa ianya harus. Setelah mendapat teguran daripada sahabat sang pencari kebenaran (terima kasih ku ucapkan kepadamu), saya membuat kajian terperinci apakah hujjah harusnya, dan apakah hujjah haramnua saya membuat kesimpulan peribadi bahawa HUJJAH HARAMNYA LEBIH KUAT. Jadi alhamdulillah kedua-dua akaun ASB saya dan isteri telahpun kosong (Ruginya saya di dunia kerana tidak sempat mendapat dividen hujung tahun ini)......
Ya tidak mengapa saya rugi di dunia, keran inshaAllah saya akan mendapat keuntungan di akhirat, dan saya juga akan mendapat keuntungan yang banyak di dunia ini dengan menggunakan tools pelaburan lain..........
Ku Dapat
Ok..........Kita lihat pula apa yang telah saya lakukan, dan apa yang telah saya dapat daripada saya menolak ketiga-tiga cara di atas sebagai gantinya....
1. PhD saya minta local. Dapat result suruh pergi oversea. Kemudian lastly pindah local balik. Apa yang saya dapat? Yaa tiada apa kecuali sedikit kesukaran diawalnya, dan hikmahnya adalah
a. Saya mula buat blog dan mula mengejar impian saya yang tertangguh
b. Saya mula mengeluarkan hasil kajian-kajian saya yang tak seberapa
c. Saya mula menulis buku untuk diterbitkan
Plan asal saya, saya ingin bergerak lepas habis PhD, ataupun lepas dapat Dr. Siapa yang menggerakkan saya lebih awal???? DIA........
2. Saya mula mencari peluang-peluang pelaburan. Peluang pertama datang hartanah (rumah dan tanah kerna memang ini yang kukaji dari dulu), peluang kedua adalah emas public gold.
Ku menolak public gold kerana itu bukan keutamaanku. Ku/kami membeli tanah, dan ku ingin membeli 2 rumah medium cost appartment dengan harapan suatu hari ku ingin membeli cornerlot terrace/semiD/banglow untuk anak-anakku, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dua-dua called off dan tiba-tiba ada deal belakang rumah ku sendiri, terrace cornerlot dengan keluasan tanah yang agak besar. Jadi ku tidak melepaskan peluang.
Siapa punya kuasa yang mempercepatkan perjalananku???.....DIA...
3. Alhamdulillah tahun ini, ku telah dinaikkan pangkat sebagai senior di UniKL, walaupun ada lagi orang yang lebih senior daripadaku. Ada yang umurnya dah menjangkau 40 an tapi masih belum dapat senior walaupun berkerja di tempat yang sama.
Siapa yang mempercepatkan perjalananku???? DIA
4. Aku sendiri tidak tahu bisnes apa yang aku nak buat. Ku buat blog hanya untuk mencari kenalan, berkongsi ilmu dan bernetworking, tetapi bila hits nya bagai menggila....Ku mula terfikir bisnes bukulah yang terbaik denganku kerana ku minat membaca dan ku minat menulis, dan bakat-bakat itu disahkan ketika zaman persekolahan ku dulu
Siapa yang memberikan ku idea ini????? DIA
5. Ku mula mencari kelas-kelas penulisan. 2 minggu lepas ada kursus penulisan, alhamdulillah ku datang dan aku memberikan proposal untuk penulisan buku ku kepada editornya. Proposal pertama untuk buku pertama yang sedangku tulis dan ku cadangkan akan diterbitkan tahun hadapan.
Apa yang terjadi? Editor itu minta aku pecahkan buku agar jadi 5 buku yang berasingan. Nampaknya aku bukan bakal menghasilkan 1 buku, tapi mungkin 5 buku serentak tahun depan inshaAllah.
Siapa punya kuasa yang bakal memperbanyakkan produk ku????? DIA........
6. PhD? InshaAllah bulan 7 tahun depan akan mula di UM
7. Rate homeloan. Kami juga dapat untuk rumah terrace corner lot dengan financing (Islamic banking istilah yang digunakan adalah 'financing' bukannya 'loan') pada kadar BRF-2.15% homeflexi CIMB Islamic bagi menggantikan ODASB. Kami juga alhamdulillah dapat IBR-2.20% untuk home financing RHB Islamic.
Bermula November 2009 rate ini telah dinaikkan sehingga -1.8% sahaja. Siapa yang membuatkan kami dapat Islamic financing dengan kadar cukup rendah pada nilai financing yang agak tinggi???? DIA juga kan......
Apa yang ingin saya kongsikan adalah saya menolak MLM, saya menolak emas PG, saya menolak ASB dan ODASB dan saya mendapat nilai ganti lain yang lebih mahal daripadaNYA........Walaupun awalnya saya sendiri agak kebingungan mencari, apakan tools terbaik bagi menggantikan emas public gold dan ODASB.......Alhamdulillah saya dapat homeflexi dan emas dinar kelantan.....
Pengajaran/moral of the story:
Kebenaran itu memang pahit, terutamanya tentang ASB dan ODASB. Memang saya sendiri mengakuinya, tetapi sebab hujjah haram lebih kuat untuk diterima oleh akalku.....Aku tidak boleh menipunya hanya semata-mata untuk kepentingan duniaku.....kerana akhiranya aku akan ke tanah juga......Aku akan ditimbus dan disoal juga.......Mulutku akan ditutup dan tidak mampu menjawab juga......Hanya anggota tubuh badanku yang menjawab bagi setiap amalan yang telah ku lakukan........Jadi ku tak sanggup dan ku tak mampu untuk menipu diriku sendiri.......
Penyelesaian:
Buat sahabat-sahabatku yang juga merasakan hujjah ASB adalah haram lebih kuat daripada harus, dan Tuan Puan ingin membersihkannya..............Nasihatku.......Niatkanlah dulu untuk membersihkan duit-duit Tuan Puan itu..........Jika pun mungkin Tuan Puan dah banyak guna; katakanlah RM-100 000 sebagai contoh dalam ODASB.....Yaa niatkan saja bila Tuan Puan akan memenuhkan ODASB itu, dan bila Tuan Puan akan mengosongkan buku-buku ASB itu.......NIATKAN DAHULU DAN BERUSAHA KERASLAH UNTUK MENCAPAI IMPIAN TUAN PUAN ITU.....Saya mendoakan agar Tuan Puan dapat nya suatu hari nanti. InshaAllah DIA akan menunaikan apa saja hajat kita......percayalah...cepat atau lambat sahaja yang membezakannya....Diberi di dunia atau di beri di akhirat saja yang membezakannya....Apa yang penting, setkan terget & just do it....Selebihya serahkan padaNYA.........
ASB dan ODASB adalah tools yang baik.....Jika PNB membersihkan portions pelaburannya itu; inshaAllah saya juga akan memasukkan kembali duit saya dalam ASB dan akan menggunakan kembali ODASB........Bukan masalah ASB atau ODASB...tapi masalah portion pelaburan yang dilaburkan pada tempat yang syubahat/haram itu yang menjadi persoalannya.......
Apa akan jadi pada PNB jika kita ramai-ramai keluarkan duit daripada ASB????
Harapan saya moga PNB melihatnya dan membersihkan portions pelaburannya..........dan bolehlah kita menggunakan kembali ASB dan ODASB dengan senang hati.....Itu saja harapanku kawan...ku tiada apa-apa niat tersembunyi......
Sama juga MLM dan emas public gold.....Jika Tuan Puan telah menjadi agen dan melaburkan sejumlah wang...........pendapat saya......Tuan Puan fikirkanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk Tuan Puan......Cuma mungkin boleh saya kongsikan 1. Tingkatkanlah kajian Tuan Puan dahulu tentang perniagaan dan pelaburan ini. Jika Tuan Puan meyakininya...ya proceed aja....
Sediakan jawapan bagi soalan saya di atas itu (Itu soalan saya, bukannya soalan malaikat........Jika soalan saya, Tuan Puan tidak mampu jawab bagi memuaskan hati saya dan hati Tuan Puan......Saya takut soalan malaikat lebih-lebih lagi Tuan Puan tidak mampu jawab. Jika Tuan Puan mampu jawab dengan sejujurnya dan memuaskan hati Tuan Puan dan orang lain kerana Tuan Puan adalah pencari kebenaran bukannya sebab dah terjebak.......Yaaa kongsikan saja dengan umat-umat ini, biar semuanya tahu kebenaran...Biar Tuan Puan mendapat pahala dan kentungan yang banyak daripada perkongsian dan kajian Tuan Puan itu)
Dan jika Tuan Puan juga meyakini seperti saya, dan telah terjebak, dan ingin kembali........Yaaa sama saja dengan ODASB, niatkah saja dahulu......Kemudian carilah jalan penyelesaiannya....InshaAllah jalan-jalan itu akan datang kawan....Jangan risau, DIA yang membawa kita ke sini, DIA yang menguji kita dan DIA juga yang akan menyelesaikan ujian itu........Kita hanya bahan exsperimen sahaja untuk di uji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepadaNYA...........DIA yang memberikan kita cabaran dan DIA juga sebenarnya yang menyelesaikannya....dan DIA tidak akan sesekali menguji kita dengan sesuatu ujian yang tidak sanggup kita hadapinya.......
Rujukan
Emas Public Gold adalah pandangan peribadi saya. Saya menceritakan apa yang saya nampak. Jika lain yang Tuan Puan nampak, lain yang Tuan Puan lihat..........Yaa tidak mengapa, kerana pandangan dan penglihatan kita memang akan sentiasa berbeza....Tuan nampak lain dan saya nampak lain, haruskah pandangan kita dipersalahkan??????.....Saya menghormati pandangan dan penglihatan Tuan Puan itu...........dan harapnya Tuan Puan juga menghormati pandangan dan penglihatan saya..........Setakat ini inshaAllah saya tak kan membeli dengan public gold dan inshaAllah saya tak kan menjadi agen public gold......Cukuplah saya berurusan dengan Dinar Kelantan sebagai alternatifnya........
Sejujurnya saya bersimpati dengan Dinar Kelantan sebab tidak ramai orang ingin menyokongnya, tapi bila perniagaan yang sama dijalankan oleh orang lain; bangsa lain dan agama lain, kita berbondong-bondong menyokongnya………Ya tiada salahnya berurus niaga dengan mereka tetapi keutamaannya????? Mengapa tidak diutamakan perniagaan yang dijalankan oleh bangsa dan agama sendiri terlebih dahulu……sedangkan kita mempunyai pilihan itu.......
Tidak mengapalah jika Tuan Puan tidak mahu mengikut saya…kerana jalan-jalan hidup kita memang berbeza…Cuma pinta saya jika ada sahabat-sahabat yang sependapat dengan saya, sama-samalah kita menyokong dan mendahulukan perniagaan dan pelaburan yang diasaskan oleh orang kita sendiri.....sebab kita mempunyai pilihan itu......Jadi pilihlah dengan bijak dan pilihlah secara berkeutamaan....... Jika kita yang tidak menyokongnya, siapa lagi yang nak kita harapkan?
MLM dan ASB ada di sini http://www.zaharuddin.net/ ataupun spesifiknya di http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/ (MLM), http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/ (MLM) dan http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/ (ASB).......
Yaa betul...dia bukan mufti, dia juga bukan ulama....seperti juga aku..(Aku bukan mufti dan aku juga bukan ulama...Aku hanyalah seorang bekas jurutera dan sekarang adalah pensyarah sepenuh masa di UniKL yang suka mengkaji, membaca, menulis dan suka bergerak pantas untuk sentiasa berubah ke arah kebaikan....Aku tidak boleh statik dan duduk diam)........tetapi hujjah-hujjah dan nas yang digunakannya lebih kuat daripada hujjah-hujjah mufti dan ulama'......Jadi ku memilih untuk mengikut HUJJAH YANG LEBIH KUAT..........kerana ku tidak mahu bergantung harap dengan orang/makhluk/hatta mufti sekalipun kerana kita semua sama disisiNYA. Akhirnya ke tanah/ ke kubur juga kita.............(Perkara biasa bermuamalat melibatkan orang/makhluk/makan untuk kenyang/minum untuk menghilangkan haus...tetapi jangan sesekali mengatakan makanan itu yang mengenyangkan. DIA yang mengenyang melalui asbab/perantara makanan...Boleh saja jika DIA ingin kenyangkan tanpa perlu makan dan minum kerana DIA Maha Berkuasa)
Yang membezakan kita hanyalah amalan-amalan kita.........Nas/hujjah yang paling kuat itulah yang akan ku ikuti...tidak kiralah daripada siapapun nas itu keluar kerana '2 benda yang ditinggalkan oleh pesuruhNYA, yang jika kita beramal dengannya, inshaAllah kita tidak akan sesat selama-lamanya......iaitu Al-Quran dan Al-Hadis'..........
Kesimpulannya pilihlah hujjah mana dan nas mana yang paling kuat...Rujuklah sumber rujukan itu...kerna dia juga adalah pencari kebenaran....jika hujjah Tuan Puan mampu melawan hujjahnya......bagitaulah hujjah Tuan Puan itu kepada saya dan kepada Tuan punya website itu, inshaAllah kami akan menerimanya dengan senang hati......KERANA KEBENARAN ITU TETAP JUGA AKAN DATANG WALAUPUN SEMUA ORANG MENOLAKNYA, DAN WALAUPUN IANYA PAHIT UNTUK DI TELAN...........
Apakah yang saya dapat daripada perkongsian ini?
Ya tiada apa yang saya dapat....kerana saya hanyalah seorang pensyarah.....saya insan yang tidak berkepentingan.......Saya perbuat apa yang terbaik untuk diri saya dan keluarga saya....dan semoga Tuan Puan juga mendapat manfaat yang banyak daripada perkonsian ini..........
Sejujurnya....saya takut........jika saya dijemput pulang olehNYA tanpa saya memasukkan entri ini......Saya akan ditanya dan saya akan disoal...mengapa tidak saya kongsikan apa yang sapa tahu...........Jadi bagi membolehkan saya berjumpaNYA dengan TENANG.....saya perlu menulis dan memasukkan entri ini walaupun ianya agak pahit bagi saya...dan mungkin juga agak pahit bagi Tuan Puan........
Perlukan Tuan Puan mengikut jejak langkah saya?
Terpulang pada kemampuan, kajian dan kata hati Tuan Puan.....kerana jalan kehidupan kita semuanya berbeza....tapi matlamat kita semuanya tetap sama iaitu MENCARI REDHANYA DUNIA DAN AKHIRAT.......dan Saya sesekali tidak akan di tanya tentang kehidupan dan keputusan Tuan Puan...Saya hanya akan ditanya tentang kehidupan dan keputusan hidup saya....dan hidup ini juga adalah pilihan...KITA YANG BERHAK/PERLU MEMILIH JALAN MANA YANG KITA NAK LALUI/HARUNGINYA.......
Alhamdulillah tanggungjawab saya sebagai muslim, sebagai sahabat telah saya tunaikan dengan menulis artikel ini.....Saya mohon maaf kepada Tuan Puan jika ada salah dan silap...dan saya mohon ampun padaNYA atas keterlanjuran saya selama ini....kerana KITA SEMUA HANYALAH INSAN (dan bukannya malaikat ataupun nabi ataupun rasul).......KITA SERING LELA DAN LALAI DALAM MEMBUAT SESUATU....tetapi apabila kita sedar, diingatkan ataupun diperingatkan cepat-cepatlah kita kembali ke pangkal jalan...........Hidup kita di dunia ini pun bukannya lama sangat....Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin sekejap lagi kita akan dijemput pulang olehNYA.......
Yaaaa...berapa ramai kawan-kawan kita yang sebaya, yang lebih muda...yang telah dijemput pulang.....Jadi tidak mustahil jika kita juga akan termasuk dalam senarai itu....Jadi sama-samalah kita bersiap sedia untuk menghadapi saat-saat itu.........
Jangan risau kawan............ku juga mencari harta seolah-olah ku tidak akan mati.......dan ku juga beramal untuk akhiratku seolah-olah ku akan mati esok.......Doaku biarlah aku dan kita semua istiqamah dengan amalan dan perbuatan kita ini..........terlalai, terleka..terpijak duri, terpijak najis.....terbuat kesilapan itu perkara biasa dalam kehidupan...Selagi kita INSAN kita tidak akan terlepas daripadanya.........yang membezakan kita adalah bagaimana kita bangkit selepas kebenaran itu sampai kepada kita...............Kita semua sama di sisiNYA, yang membezakan kita adalah amalan-amalan kita sahaja........
Harap semua dapat manfaatnya, inshaAllah
p/s: 1. Esok saya ada kursus penulisan lagi
2. Saya telah membocorkan rahsia perniagaan saya selama ini
3. Saya memang suka membocorkan rahsia-rahsia yang akan memberikan kita sama-sama kejayaan dan kebahagiaan
4. Jika Tuan Puan juga mampu menulis, berbakat dalam bidang penulisan...ya jadilah penulis. Hasilkah saja karya-karyamu itu........Biar semua orang pandai, biar semua orang kaya, biar zakat melimpah ruah, biar derma-derma kita semakin banyak dan bertambah, biar tiada lagi orang yang tercicir dalam pelajaran disebabkan oleh harta, biar tiada lagi cerita bersamamu......
5. Ku tersangat ingin melihat rakan-rakanku dan insan-insan seagama dan sebangsa dengan ku maju, kaya, berkualiti dan sebagainya......kerana
6. Jikapun semua orang di bumi ini kaya dan berharta ia tidak sedikitpun menjejaskan khazanahNYA....dan ia sedikitpun tidak menghalang saya daripada sampai ke destinasi saya inshaAllah
7. Adakah saya hebat? Adakah Tuan Puan hebat? TIDAK saya tidak hebat dan Tuan Puan semua juga tidak hebat.....Yang Maha Hebat adalah DIA....Dia Yang Hebat yang menjadikan kita, Dia yang Maha Hebat yang membawa kita ke sini tanpa kita pinta...DIA yang Maha Hebat juga Yang memberikan kita makan minum, tenaga, rumah, harta, kereta dan sebagaimana......DIA Maha Hebat yang menjadikan malam dan siang, bukit-bukau, gunung-ganang, laut dan langit...........
Jadi bergeraklah dengan kehebatanNYA, bergeraklah dengan tenaga yang dikurniakanNYA, bergeraklah dengan akal yang dikurniakanNYA, bergeraklah dengan segala nikmat yang dikurniakanNYA ini........inshaAllah kita semua akan juga menjadi hebat dan kuat keranaNYA....keranaNYA kita ada di sini dan kepadaNYA juga kita akan kembali....




26 comments:
salamm.. wah.. alhamdulillah tulis 5 buku lagi sekaligus... rezeki tuhan bagi melalui pelbagai cara.. teruskan penulisan saudara ;)
wah...hebat saudara lukeman
sy akan dapatkan kat mph nanti..
:)
salam saudara....saudara meletakkan hukum urusniaga dengan PG haram ? Mengapa ? Sebab syarikat bukan syarikat milik orang Islam ke . Kalau macam tu semua orang Islam tidak boleh berurusniaga dengan orang bukan Islam atau urus niaga emas sahaja yang haram pada pandangan saudara...
Assalamaualaikum...
Kadang-kadang diam lebih baik daripada berkata-kata....kerana ia boleh menimbulkan syak, riak dan fitnah...just pandangan saya yang lemah ini....
Alhamdulillah di atas kesedaran tuan.
selain dari menganalisis, jom ramai2, pakat hantar feedback ke PNB utk push diorg supaya dpt mencapai tahap shariah-compliant.
x salah kan kalo kite berbuat sesuatu supaya PNB tahu kehendak org ramai :)
masok sini utk further info,
http://rmphilo.blogspot.com/2009/10/asnb-saham-amanah-pnb-shariah.html
kalo dpt, mohon tuan sebarkan lg, supaya lebih ramai yg dapat berbuat demikian.
Wallahu'alam.
Salam Tuan EmasKini, boleh tunjukkan saya dimanakah hukum haramnya dalam artikel ini? Saya hanya menyatakaan keutamaan. Apa keutamaan Tuan? Kalau emas PG, ya buat saja. Saya mengutamakan emas dinar kelantan kerana saya mempunyai PILIHAN itu. Jika saya tiada pilihan (beli HP di Bangi ini umpamanya), saya juga berurus niaga dengan mereka, tiada apa pun salahnya.
Anon, DIA yang Hebat, inshaAllah moga tahun depan akan memasuki pasaran
Ojah itulah yang ingin saya kongsikan. Rezeki tuhan melalui pelbagai cara dan kadang-kadang kita tidak sangka-sangka, alhamdulillah ku bersyukur dengan rezekiMU Ya Allah
salam tuan,
terima kasih kerana berkongsi pandangan tuan.
saye nak ajak tuan utk hantar gesaan kepada PNB utk menunjukkan suara2 pelabur2 (dan bekas pelabur) yang mengutamakan rezki yg Halal.
di samping mencari kebenaran, x salah untuk memperjuangkan kebenaran :)
di blog saya, saya telah membuat 1 entri khas utk mengajak org ramai utk berbuat demikian. sila ke sini utk pautan ke entri tersebut http://rmphilo.blogspot.com/2009/10/asnb-saham-amanah-pnb-shariah.html
saya amat berbesar hati jika lebih ramai org berbuat demikian.
sama2lah kite berusaha mencari rezki yg halal, Amin :D
Salam, Treec terima kasih atas usaha Tuan itu. InshaAllah saya akan memasukinya..
Anon diamlah jika diammu itu memberikan kebaikan kepada dirimu/orang lain/umat, tapi berbicaralah jika bicaramu itu memberikan manfaat/kebaikan kepada dirimu/org ramai/umat, dan ibadat bukan hanya pada solat, puasa, haji & zakat sahaja
Treec..selain pool/gesaan tu (secara perkataan) apa kata kita buat/buktikan secara perbuatan juga....Yaa ramai2 keluarkan duit daripada ASB. Kalau staff PNB tanya 'InshaAllah saya akan masukkan balik bila shariah compliant Tuan dipatuhi'
Tambahannya lagi. 'Duit ini saya yang cari (yaa sudah tentu dengan izinNYA), dan saya tidak mahu duit-duit ini dilaburkan di tempat yang tidak sepatutnya'
Tambahannya lagi (jika berani) 'Tuan bagi saya dividen 7-15% sahaja setahun, tapi portion pelaburan Tuan ditempat yang syubahat sekitar 30%'
Ku tersangat ingin menggunakan ASB dan ODASB....Cepat PNB bersihkan portion pelaburanmu itu...Sama-samalah kita menggunakan suara kita sebagai pengguna ini..Kita memang lemah, tapi jika kita bersatu mungkin pandangan kita ini diambil kira oleh mereka. Kita hanya boleh berusaha dan mengharap padaNYA
syabas admin ...saya juga seperti admin mencari harta yang halal ...saya juga pernah menggunakan od asb... sekarang sudah tutup ...merancang guna fd-od biarlah interest fd sedikit tetapi kenerkatan itu lebih penting ...insyaallah
Tuan, artikel Rahsia Hati(MLM,PG & ASB) menarik minat saya utuk memberi sedikit komentar. Jika MLM, PG & ASB dikatakan haram seolah-olah kita menyalahkan sistem itu sendiri semata-mata.Bukankah ianya cuma platform utk perniagaan. Adalah lebih tepat jika tuan specifik-kan lagi. Sebagai contoh "politik" itu kotor. Politik bukan kotor ia adalah platform tetapi pembawaan penyokong yang memburukkan nama politik itu sendiri. Sekadar utk renungan.
Anon1, Tahniah buat Tuan, sama-samalah kita mencari keberkatan dalam mencari harta
Anon2, ya betul perniagaan, pelaburan, politik, ekonomi dan semua aktiviti kehidupan ini semuanya tiada salahnya (ada yang wajib, halal, harus, sunat, makruh dan haram). Jadi sama-samalah kita mencari dan memilih yang boleh memberikan kita kebahagiaan dan keuntungan di sini dan juga di sana
maafkan saya tersilap faham...mengenai dinar kelantan pula...dinar kelantan tidak memberi peluang pada orang awam untuk menjadi agen....so siapa yang salah.....dan spreadnya lebih tinggi berbanding dinar yg dikeluarkan oleh PG...siapa salah ?
Usahlah menyalahkan sesiapa. Pilih sajalah apa yang terbaik buat diri Tuan.
SAJA BERPENDAPAT.. PADA ZAMAN RASUL BILA MANA ADA ORANG MINTA NABI KITA MUHAMMAD SAW BERUBAT, NABI MENYURUH MEREKA PERGI BERJUMPA SEORANG YAHUDI YANG TIDAK BERAGAMA ISLAM (ADA SEBAHAGIAN ULAMA KATA DIA PELUK ISLAM DIAKHIR HAYATNYA) ... KISAH NI ADA DALAM HADITH BOLEH RUJUK UST. ZAHARUDDIN ATAU SAPA SAPA... JADI RASUL MENGIKTIRAF YAHUDI TERSEBUT... YAHUDI YANG TAK BAYAR ZAKAT... SISTEM YANG TERBAIK.. TUAN, CUBA BAYANGKAN KALAU ADA BANGSA LAIN YANG BACA BLOG TUAN NI, CINA KE? APA TANGGAPAN MEREKA TTG ISLAM? SEBAB TUAN BERCAKAP SEOLAH MEWAKILI ISLAM SEDANGKAN ISLAM ITU CANTIK... DAN KALAULAH SESUATU YANG TERBUKU ITU MENJADI SATU BEBANAN HATI.. PIKIRLA SEMUALA... MENGAPA SELEMAH LEMAH IMAN ITU DALAM HATI??? ADA HIKMAHNYA BUKAN?? SAYA HARAP TUAN DIBERKATI DAN DIRAHMATI TAPI UNTUK MENJADI INSAN CONTOH PERLUKAN ILMU BUKAN SEKADAR PANDANGAN DAN PENDAPAT... SALAM
Bukankah telah saya cakapkan KEUTAMAAN/PRIORITY.
p/s: To be frank memang saya bersahabat dengan bukan muslim (cina to be exact) dan kami selalu bertukar business card dan mereka juga membaca blog saya ini dan memberikan komen peribadi kepada saya, dan harus diingat mereka kebanyakannya tidak menjadi agen (apa-apa agen sekalipun) kerana mereka kebanyakannya mentaliti tokey, jadi kenapa kita sering bermentaliti agen? Kenapa kita tidak bermentaliti tokey seperti mereka?
Belajar business dari mereka tiada salahnya (kerana saya pun belajar drp mereka), tetapi binalah business sendiri, bisnes dalam bidang kepakaran sendiri, bukannya bisnes ikut musim, bukannya bisnes ikut orang....Ya tiada salahnya juga bisnes ikut musim (musim buah jual buah dan sebagainya) tapi what is your core business? What is your core interest and expertise that will create GAIN/UNTUNG?
Please refer this article http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/09/dont-be-average.html
Sesiapa yang memberi komen/bertanya tetapi komen/pertanyaannya telah dijawab dalam artikel saya tak kan approve. Jadi sebelum tanya/komen, baca artikel betul2....Kalau tanya macam ni 'Apa maksud keutamaan?' saya akan approve, tapi saya biarkan orang lain yang tolong jawabkan. Refer juga artikel ini http://www.jutawanduniaakhirat.com/2009/10/alhamdulillah.html
Sila telefon saya secara peribadi untuk tahu mengenai pelaburan emas.tuan mungkin tidak nampak jelas dan komen ikut apa yg tuan nampak!
admin
jutawanemas.com
Terima kasih Tuan Syukor kerana sudi singgah di sini. Saya tidak menyatakan pelaburan emas PG salah. Cuma keutamaan saya adalah emas dinar Kelantan. Ya emas dinar kelantan stoknya agak terhad, spreadnya juga agak tinggi dan tiada peluang (buat masa ini) untuk menjadi agen. Ya tidak mengapa kerana itu bukan KEUTAMAAN saya.
Sebenarnya saya tidak suka dan ishaAllah saya tidak akan berurusan dengan sebarang perniagaan dengan menggunakan modal yang besar (walau apa alasan sekalipun). Ya betul ianya marketing strategi, bagi mencari pelabur berkualiti, pelabur yang serius, pelabur yang komited.....tetapi itu juga bukan KEUTAMAAN saya. Saya menghormati Tuan sebagai seorang yang AHLI dalam pelaburan emas. Saya menghormati kajian dan pandangan Tuan. Harapnya Tuan juga menghormati pandangan dan keputusan saya
Salam Bro Luke the Duke :)
Nice and good article.Dapat cuba membuka minda.Baca dengan hati yang terbuka.
Komen-komennya pula ada yang pro dan kontra.Marilah kita berlapang dada.
Tepuk dada tanya iman :)
PG
20rejab.blogspot.com
Salam Sdr Lukman,
Saya percaya pendapat sdr ikhlas dari hati iaitu 'human governance' yang berteraskan holistic berbeza drp amalan duniawi sekarang yang berteraskan 'good governance' atau 'corporate governance' yakni prinsip/konsep terhasil oleh ciptaan manusia sendiri yang akhirnya meranapkan kemanusiaan itu sendiri seperti yang terjadi dalam 'sub prime crisis' dan 'accounting scandals'. Sikap materialistik/duniawi/opportunis boleh mengelabui mata hingga menjejaskan pertimbangan soal halal/haram!
Teruskan usaha sdr memberi 'insight' pemerhatian Balance Sheet dunia/akhirat bersandarkan nas2 yg sahih..
Salam Tuan Dr PG dan Tuan 2bz4money sama-samalah kita berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan pandangan-pandangan kita akan ada yang berbeza, tidak mengapa kerana kita sememangnya berbeza, alhamdulillah (Apa akan jadi pada kehidupan ini jika dalam dunia ini ada orang yang sama? Hatta kembar siam pun ada bezanya :) ).
Apa yang penting kita saling menghormati dan sama-sama berusaha dan bergerak ke arah kebaikan dan kecemerlangan dunia dan akhirat inshaAllah
Post a Comment